SlideShow

0

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

mase aku bwat kem BIG (Bina Insan Guru) dkt port dickson, slah satu aktiviti die ade jungle tracking dkat Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal Cape Rachado (Tanjung Tuan) merupakan salah satu daripada Hutan Simpanan Kekal yang tertua di bawah pengurusan dan kawalan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Kedudukan Hutan Simpanan Kekal ini dikelilingi Laut Selat Melaka dan tanah daratnya bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hutan ini terletak kira-kira 20 km dari Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan kira-kira 80 km dari Melaka, Bandaraya Bersejarah. Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan (kemudian dipanggil Hutan Simpanan kekal) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1921 (No.Warta : 2066 bertarikh 23 Disember, 1921) dengan keluasan asal 80.97 hektar (200 ekar).Pada tahun 1969, seluas 16.19 hektar (40 ekar) telah diwartakan keluar daripada status Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan awam (No.Warta : 328 bertarikh 25 Disember, 1969). Kawasan tersebut sehingga kini masih belum dibangunkan dan keadaannya masih seperti sediakala (berhutan). Pada 5 Januari, 1971, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan seluas 60.70 hektar (149.98 ekar) baki kawasan Hutan Simpan Cape Rachado (Tanjung Tuan) sebagai “Suaka Hidupan Liar” bagi binatang-binatang dan burung-burung yang mungkin terdapat di kawasan yang disimpankan kepada PERHILITAN melalui warta M.P.U.5 dan PG No: 85 di bawah Ordinan Perlindungan Binatang-Binatang Liar dan Burung-Burung, 1955. Ini bermakna kawasan “Suaka Hidupan Liar” ini bertindih dengan keluasan Hutan Simpanan kekal yang sedia ada. Pada 4 Februari 1991 pula, Kerajaan negeri Melaka telah mewartakan sebahagian kawasan “Suaka Hidupan Liar” iaitu seluas 8.09 hektar (20ekar) sebagai Kawasan Perlindungan Mergastua melalui PT. 235.


pic-pic yg aku dpt mase pg sane...














































P/S: mmng lawa gile tmpat ni, rase nk pg skali lg kalo ade peluang..

0 comments: