SlideShow

0

penyakit-penyakit bawaan nyamuk

1) DENGGI


  • disebabkan oleh virus denggi yang dibawa melalui gigitan nyamuk AEDES
  • nyamuk AEDES dapat diperhatikan dengan berbelang hitam putih di badan dan kakinya
  • nyamuk AEDES membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan luar rumah
  • kitaran hidup nyamuk AEDES bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa 1 minggu
  • tanda-tanda diserang demam denggi: demam kuat yang mengejut dan belarutan, sakit tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata, ruam merah dikulit, sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut dan pendarahan pada kulit, hidung dan gusi
2) MALARIA




  • ia disebabkan oleh gigitan nyamuk TIRUK (Anopheles) yang membawa parasit malaria yang akan hidup dalam sel darah merah pesakit dan akan merosakkan sel darah merah tersebut.
  • nyamuk TIRUK membiak di kawasan berair jernih seperti di kawasan anak sungai di kaki bukit, aliran air tepi semak, air dicelah-celah batu dan kawasan air yang terdapat di semak samun
  • tanda-tanda diserang Malaria, bermula rasa sejuk sehingga menggigil, diikuti dengan rasa badan amat panas dan akhirnya berpeluh dan merasa seperti pulih seperti biasa. demam akan berulang selang 1 hingga 2 hari jika tidak mendapat rawatan sewajarnya
  • tanda-tanda lain seperti, pucat, keletihan dan rasa tidak sihat badan
3) FILARIASIS


  • ia disebabkan oleh cacing filaria dewasa yang hidup di saluran limpa pesakit yang di bawa melalui gigitan nyamuk MANSONIA
  • nyamuk MANSONIA membiak di kawasan pengairan berpaya dan banyak tumbuhan air seperti kiambang
  • Mikrofilaria (anak cacing) dari darah pesakit masuk ke dalam badan nyamuk, selepas 10 hari ia akan bertukar menjadi larva
  • Apabila nyamuk MANSONIA menggigit orang yang sihat ia akan menjangkitkan larva ke dalam badan orang yang digigt
  • larva ini memerlukan masa 3-12 bulan untuk menjadi cacing dewasa yang hidup di saluran limpa kelenjar
  • tanda-tanda diserang Penyakit filariasis ialah demam berulang-ulang, bengkak kelenjar dan kejang urat betis, bengkak kelenjar limfatik di bahagian paha atau ketiak, bengkak bahagian kaki sebelah atau kedua-dua dan pembengkakan alat kelamin bagi pesakit lelaki
4) JAPANESE ENCEPHALITIS



  • ia disebabkan oleh virus yang dijangkitkan melalui gigitan nyamuk CULEX
  • nyamuk CULEX membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air parit dan sawah padi
  • nyamuk CULEX membiak pada  waktu awal senja dan pagi
  • virus JE membiak dalam tubuh babi dan nyamuk betina CULEX akan membawa virus JE
  • selepas 14 hari nyamuk CULEX akan menyebarkan virus JE kepada manusia dan babi
  • tanda-tanda diserang oleh virus JE demam, sakit kepala, lemah anggota badan, resah dan meracau, mengantuk, sawan lumpuh dan tidak sedar diri.
credit to KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

P/S: this post is dedicated to my freind syakir maarif bin mastor who has been affected by dengue fever...

0 comments: