SlideShow

0

hanif aminuddin

wah...., aku respek tol la, ngan kwn aku sorang ni. hebat gak dier nier. sbnrnyer aku ckp psal dier, sbb dier tlah buat satu rencana yg begitu hebat, (bagi aku la....), x tau lak bgi korang? walaoapapon, aku tabik la ko anep, ko mmng hbat

rencane yg dier tulis tercatit di bawah

'       Nama aku Hanif. Seorang insan biasa yang telah dilahirkan oleh ibuku Haliza serta usaha bapaku Aminuddin. Bagiku semunya sudah menjadi ketentuan Allah S.W.T.
       Aku besyukur kepada tuhanku, kerana telah menjadikan diriku ini cukup sempurna, tiada cacat cela fizikal. Aku juga bersyukur kerana diriku ini telah dilahirkan sebagai islam, nabiku Muhammad S.A.W, kitab serta petunjukku Al-Quran dan As-Sunnah.
      Tapi sekarang, tidak kerap diriku ini melihat orang yang bersyukur, sedangkan mereka tidak sedar siapakah yang telah mencipta mereka serta telah memberikan nikmat dan rezeki kepada hambanya. Tidakkah mereka berasa syukur dengan apa yang telah diberikan oleh-Nya? Tapi semua alpa dan lalai dengan duniawi.
      Tapi apakan daya, sekecil-kecil manusia itu masih lagi ada yang bongkak, sombong, takbur, tamak, gila kuasa dan perkara-perkara mazmumah yang terkutuk. Sudahkah dunia kita ini akan musnah? Sempatkah kita bertaubat? Apa mungkin taubat kita diterima oleh-Nya?
       Dalam dunia moden ini, perkara yang diriku boleh lihat adalah, manusia banyak malah hampir semua begelumang dengan maksiat. Binatangkah  kita ini? Bukan binatang, malah lebih teruk lagi. Manusia kecil bersepah di tepi longkang, tong sampah dan di merata-rata tempat, bagai si anak kecil itu sudah tiada maknanya.
       Negaraku Malayasia, kini politiknya terumbang-ambing. Kerana pemimpin yang rakus, alpa, gila kuasa dan pelbagai sikap negetif. Di mana dia Abu Bakar As-Sidiq, di mana dia Saidina Umar Al-Khattab, di mana dia Hassan Al-Banna, di mana dia sultan terbaik, Sultan Mohd. Al-Fateh. Di mana mereka? Apakah sudah tiada lagi pemimpin yang ulung? sama sekali ya. Apa yang pemimpin sekarang mahukan? Apa? Apa? Kekayaan, harta, pangkat, gelaran dan semua ganjaran-ganjaran yg ada di dunia.....
      Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh pendidikan kita, ilmuwan kita, Ibnu Sina, Ibnu khaldun, Ibnu Baitar, Al Farabi dan ramai lagi. Aku berasa kecewa dengan remaja sekarang. Penganggur bertambah, budak budak 'bodoh' makin ramai. Siapakah kita sebenarnya, mana dia ahli astronomi, doktor, arkitek, akauntan dan banyak lagi. Di mana mereka?
      Tidakkah kita bersyukur kerana dilahirkan, tumpahnya darah di Malaysia negara aman. Tidakkah kita rasa bertuah? Anak-anak muda di Palestin memegang senapang, membaling batu semata-mata untuk mempertahankan maruah serta keamanan negara mereka. Tidak bersyukur lagikah kita ini?
     Bagi sesiapa yang membaca tulisanku ini ingatlah,  dan jadikan renungan. Tiada siapa yang akan mengubah kita kecuali diri kita sendiri. Akhir kata daripad aku, Ingatlah suatu hari nanti kita akan mati. Ingatkanlah seksaan dan ganjaran kerana kita akan disumbatkan di NERAKA ataupun SYURGA.'


itulah rencana yg trelah ditulis oleh saudara hanif kita. mmng hebat! boleh jd pendakwah bebas bila besar nanti.. hehehe... Oleh itu cubalah kita mengambil sedikit nasihat mahupun pengajaran daripa rencana itu td

0 comments: